RAMAI orang enggan berbincang atau mendapatkan pertolongan mengenai tekanan kesihatan mental yang dihadapi mereka kerana tidak mahu dianggap sebagai seorang yang lemah serta mengecewakan keluarga sendiri.
Oleh itu, adalah penting meningkatkan usaha kolektif dalam mengatasi masalah ini, dengan memberikan sokongan kepada mereka yang mengalami kesusahan, terutama dalam tempoh pandemik Covid-19, kata Presiden Halimah Yacob.