Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden: Mendiang Encik Nathan berkhidmat dengan cemerlang

Aug 22, 2016 | 11:10 PM



PRESIDEN Singapura, Dr Tony Tan Keng Yam, menyifatkan mendiang Encik SR Nathan sebagai seorang yang berkhidmat dengan cemerlang dalam perkhidmatan awam.



Melahirkan rasa sedihnya, Dr Tan dalam kenyataan yang dimuatnaikkan di Facebook berkata:



"Mary (isteri Dr Tan) dan saya begitu sedih atas pemerhian mantan Presiden SR Nathan.



"Encik Nathan cemerlang dalam perkhidmatan awam. Beliau bermula dengan penuh sederhana dan kemudiannya menjadi Presiden Singapura keenam dan yang paling lama menjawat jawatan itu," ujarnya.



Encik Nathan memulakan kerjayanya di perkhidmatan awam sebagai pekerja sosial perubatan pada 1955.



Dalam tempoh kerjayanya dalam perkhidmatan awam, Encik Nathan bertugas dengan penuh dedikasi dan kecemerlangan, termasuk dalam jawatan kepimpinan dalam pergerakan Buruh, Kementerian Ehwal Luar, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan.



"Saya bertuah kerana dapat bekerja dengan Encik Nathan dari 1996 hingga 1999 semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.



"Beliau membantu membangunkan Institut Pengajian Pertahanan dan Stratefik, yang kini menjadi Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam. Sekolah itu kini merupakan antara institusi pengajian utama di rantau ini," kata Dr Tan lagi.



Encik Nathan juga tambahnya, memainkan peranan aktif dalam meningkatka keupayaan masyarakat India apabila beliau menjadi Pengerusi Lembaga Endowmen Hindu dan merupakan anggota pengasas Sinda.



Sebagai Presiden Singapura katanya lagi, Encik Nathan gigih dalam membantu golongan kurang bernasib baik dengan merintis program Cabaran Presiden pada 2000.



"Cabaran Presiden meraih sokongan padu dari masyarakat dan menarik lebih $100 juta yang dimanfaatkan lebih 500 penerima semasa tempoh dua penggal Encik Nathan sebagai presiden.



"Ingatan dan doa kami untuk Cik Nathan dan keluarga Encik Nathan pada masa hiba ini," akhiri Dr Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >