Presiden NUS dilantik jadi ahli akademi ulung Amerika

PRESIDEN Universiti Nasional Singapura (NUS), Profesor Tan Chorh Chuan, menjadi warga Singapura pertama terpilih menganggotai Akademi Nasional bagi Perubatan (NAM) Amerika Syarikat - sebuah pertubuhan ulung yang berfungsi sebagai penasihat kepada Amerika dan masyarakat sejagat mengenai isu kesihatan dan sains.

NAM mengumumkan anggota barunya - termasuk Profesor Tan - semasa mesyuarat tahunannya pada Isnin (19 Okt). Mereka akan menyertai lebih 2,000 anggota Amerika dan antarabangsa yang dilantik menyertai akademi tersebut sejak penubuhannya pada 1970.

"Anggota kami yang baru dipilih mewakili orang paling bijak, paling berpengaruh, dan bersemangat dalam bidang kesihatan, sains, dan perubatan.

"Kepakaran yang mereka bawa kepada pertubuhan ini akan membantu kami memberi respons terhadap cabaran berkaitan kesihatan paling mendesak hari ini dan membentuk masa depan kesihatan, sains dan perubatan," kata presiden NAM, Dr Victor J Dzau.

Seramai 70 anggota biasa dan 10 anggota antarabangsa dilantik menganggotai NAM tahun ini.

Anggota terdiri daripada karyawan daripada pelbagai bidang, termasuk kesihatan dan perubatan, serta sains semula jadi, saisn sosial dan tingkah laku.

Keanggotaan pertubuhan itu ialah bagi seumur hidup.

Profesor Tan, yang dilantik sebagai presiden NUS pada 2008, juga pengerusi Sistem Kesihatan Universiti Nasional dan timbalan pengerusi Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star).

Doktor ginjal terlatih itu berkata penghormatan tersebut satu "kejutan indah".

Bekas pengarah perkhidmatan perubatan di Kementerian Kesihatan itu bertanggungjawab mengetuai respons kesihatan awam semasa penyakit sindrom pernafasan akut teruk (SARS) melanda pada 2003.

Beliau menggambarkan tempoh itu sebagai yang paling tertekan dalam hidupnya, lapor akhbar The Straits Times.

"Dipilih memasuki kumpulan cendekiawan ulung ini, yang telah meninggalkan kesan besar ke atas maklumat dan dasar yang kita ada hari ini dalam dunia bioperubatan, perubatan dan kesihatan, adalah satu penghormatan luar biasa," kata Profesor Tan.

"Ia pengiktirafan kuat bagi sumbangan yang dibuat oleh Singapura dan NUS kepada penyelidikan perubatan dan kesihatan di Asia," tambahnya.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 60
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.