Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Tan adakan Lawatan Negara ke Britain

Oct 19, 2014 | 08:17 PM



PRESIDEN Tony Tan Keng Yam akan mengadakan Lawatan Negara ke Britain bermula esok hingga 25 Oktober ini.


Dalam rangka lawatannya itu, Presiden Tan akan mengadakan kunjungan ke London dan Bristol, menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA).


Ini merupakan lawatan bersejarah kerana ia merupakan Lawatan Negara pertama Presiden Singapura ke Britain. Ia mencerminkan hubungan baik antara kededua buah negara, yang bakal menyambut ulang tahun hubungan dua-hala yang ke-50 tahun depan.


Antara programnya di London, Presiden Tan akan menghadiri Jamuan Negara selain makan tengah hari privet bersama Permaisuri Elizabeth II. Beliau juga akan menghadiri Jamuan Guildhall yang dihos Mayor London, Cik Fiona Woolf dan makan tengah hari bersama Perdana Menteri Britain, Encik David Cameron.


Di Bristol pula, Presiden Tan bakan menghadiri jamuan tengah hari bersama Mayor Bristol, Encik George Ferguson dan berkunjung ke Universiti of Bristol serta Aardman Animaton Studios.


Presiden Tan akan ditemani isteri, Cik Mary Tan; Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua Sekitaran dan Sumber Air dan Menteri Kedua Ehwal Luar, Cik Grace Fu; Menteri Negara (Pertahanan merangkap Pembangunan Negara), Dr Mohd Maliki Osman dan Anggota-Anggota Parlimen (AP), Enik Sitoh Yih Pin serta Encik Arthur Fong.


Presiden kemudian akan mengambil cuti peribadi daripada 26 hingga 27 Oktober. Semasa ketiadaan beliau, Pengerusi Majlis Penasihat Presiden, Encik J Y Pillay, akan mengambil alih fungsi pejabat Presiden.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >