Presiden Tony Tan, Gabenor Jeneral NZ tonjolkan hubungan rapat dua negara

WALAUPUN Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew bukan pemimpinnya, New Zealand mengibarkan bendera di bangunan awam separuh tiang pada hari pengebumian mendiang Mac lalu, sebagai tanda hormat dan perpaduan dengan Singapura.

Pada 2011, apabila gempa bumi menggegarkan Christchurch di New Zealand, Singapura dengan cepat membantu dalam usaha menyelamat di bandar itu.

Perbuatan menyokong satu sama lain pada saat sedih menunjukkan betapa dalamnya persahabatan antara dua negara itu, kata Presiden Tony Tan Keng Yam pada Selasa (27 Okt), hari kedua lawatan negara beliau ke New Zealand.

Dr Tony Tan berkata demikian semasa jamuan negara yang diadakan bagi meraikan beliau oleh Gabenor Jeneral New Zealand, Sir Jerry Mateparae.

Seperti Sir Jerry, Dr Tony Tan menekankan hubungan rapat antara dua negara itu dalam bidang pertahanan, perdagangan dan jalinan rakyat dengan rakyat, serta di forum serantau dan antarabangsa.

Kedua-dua pemimpin juga menggariskan dalam ucapan mereka keyakinan mereka pada faedah daripada liberalisasi perdagangan.

Perjanjian perdagangan bebas dua hala Singapura, misalnya, ditandatangani dengan New Zealand pada 2000.

Dua negara itu juga merupakan sebahagian daripada Perjanjian Perkongsian Ekonomi Strategik Rentas Pasifik 2006, pelopor kepada Perkongsian Rentas Pasifik (TPP), perjanjian perdagangan yang dimeterai 12 anggota bulan ini.

Sir Jerry juga berkata negaranya dan Singapura juga yakin pada peri penting diplomasi antarabangsa, sambil menambah bahawa Singapura di barisan hadapan dalam hubungan New Zealand dengan Asean, dan kedua-duanya bekerja bersama di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan dalam mencapai integrasi lebih besar ekonomi serantau.

Dua negara itu menjalin hubungan diplomatik 50 tahun lalu.

Dr Tony Tan berkata New Zealand menjadi hos latihan tahunan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di Waiouru sejak 1997 dan Singapura menghargainya.

Merujuk kepada pasukan ragbi kebangsaan New Zealand, Dr Tony Tan berkata: "Saya yakin ramai rakyat Singapura akan menyertai rakan-rakan mereka New Zealand bersorak bagi All Blacks dalam peringkat akhir Ragbi Piala Dunia."

Perlawanan itu akan berlangsung di London pada Sabtu ini.

Dr Tony Tan antara lain turut meletakjambangan bunga istiadat di Taman Peringatan Perang Kebangsaan Pukeahu Kebangsaan.

Beliau juga bertemu Pemangku Perdana Menteri, Encik Bill English, sebelum menjelajah studio prop Weta Workshop, yang menghasilkan set bagi francais filem Lords Of The Rings.

Pada Rabu, beliau akan pergi ke Christchurach untuk melihat usaha pembinaan semula selepas gempa bumi itu.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 38
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.