Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Tony Tan hos jamuan malam Hari Kebangsaan

Aug 11, 2017 | 05:30 AM



PRESIDEN Tony Tan Keng Yam dan isterinya, Cik Mary Tan, menjamu lebih 1,300 undangan di majlis jamuan malam Hari Kebangsaan yang dihoskannya di Istana malam tadi.



Antara hadirin termasuk Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan isterinya, Cik Ho Ching, serta Menteri Kanan Emeritus, Encik Goh Chok Tong, dan isterinya, Cik Tan Choo Leng.



Tahun ini merupakan kali terakhir Dr Tony Tan mengadakan majlis jamuan tahunan itu di Istana sebagai Presiden sebelum penggantinya bakal dipilih dalam Pilihan Raya Presiden yang dijadualkan diadakan bulan depan.



Kelmarin, beliau menghadiri Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) di Pentas Terapung Marina Bay buat kali keenam dan terakhir selaku ketua negara Singapura.



Dr Tony Tan, 77 tahun, berkhidmat sebagai presiden ketujuh Singapura sejak 2011.



Turut hadir di majlis malam tadi untuk menyambut ulang tahun Singapura yang ke-52 itu termasuk jemaah menteri Kabinet, Anggota Parlimen, pemimpin akar umbi dan masyarakat serta individu daripada pelbagai bidang termasuk budaya, sukan, sektor awam dan sektor swasta.



Mereka dihiburkan dengan lagu tema NDP tahun ini iaitu Because It's Singapore yang dihasilkan bersama penyanyi dan penulis lirik Jay Lim dan penggubah veteran Lee Wei Song.



PM Lee dan Encik Goh serta isteri mereka turut menyertai Dr Tony Tan dan isteri memotong kek sempena ulang tahun Singapura di majlis tersebut.



Sebagai penutup acara, tetamu juga menyanyikan bersama lagu kebangsaan Majulah Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >