PRESIDEN Tony Tan Keng Yam telah memberikan kelulusan kepada Rang Undang-Undang Perbekalan bagi membenarkan perbelanjaan pemerintah yang diusulkan dalam Belanjawan 2017.
Dalam pos beliau di Facebook kelmarin, Dr Tony Tan berkata bahawa selepas pertimbangan, beliau dan Majlis Penasihat Presiden (CPA) bersetuju Belanjawan tahun ini, yang akan mempunyai lebihan $1.9 bilion, dijangka tidak akan mengeluarkan wang daripada rizab lampau Singapura.