Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Tony Tan: Mendiang Lee bentuk identiti masyarakat S'pura

Mar 29, 2015 | 05:37 PM



PRESIDEN Tony Tan Keng Yam berkata, mendiang Encik Lee merupakan orangnya yang telah membawa kelainan, dan membentuk identiti Singapura sebagai sebuah masyarakat.


"Beliau adalah seorang yang bersungguh-sungguh memastikan Singapura berjaya bila orang lain tidak merasakan demikian," ujarnya dalam ucapan belasungkawa beliau selepas perdana menteri, Encik Lee Hsien Loong.


Menurut Presiden Tan, apabila mendiang menjadi Perdana Menteri pada 1959, beliau membentuk sebuah pasukan yang terdiri dari pelbagai latar belakang.


"Beliau memastikan jawatan dalam pemerintah diisi oleh orang-orang yang berupaya, dan bukannya mereka yang punya kaitan atau wang," kata beliau.


Mendiang Lee kemudian mengambil beberapa langkah tegas dalam mengekang rasuah, yang merupakan punca utama ketidakseimbangan.


"Beliau memperkenalkan undang-undang yang keras untuk siasat mereka yang disyaki makan suap dan mengenakan hukuman yang berat untuk mereka yang ditangkap melakukan rasuah.


"Dengan memastikan demikian, pemerintah kita kekal jujur dan ekonomi kita dipertanggungjawabkan dan bebas dari rasuah.


"Encik Lee memastikan pelabur dan syarikat bahawa Singapura adalah tempat yang betul untuk pelaburan.


"Syarikat dari serata dunia, terus datang ke Singapura - mewujudkan pelbagai peluang untuk pekerjaan, pembelajaran dan pertumbuhan untuk Singapura," kata Encik Tan lagi.


Menurut Encik Tan, Singapura tidak berkabung sendirian.


"Kesan peninggalan mendiang melampaui pulau ini.


"Beliau telah meningkatkan profil Republik, meraih penghormatan dan kekaguman serata dunia," kata Encik Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >