Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Tony Tan tekankan sokongan bagi poly, ITE

Aug 04, 2016 | 07:46 AM



PRESIDEN Tony Tan Keng Yam berkata pada Rabu (3 Ogos) beliau sedih mengenai satu dakwaan baru-baru ini bahawa beliau tidak menyokong pembiayaan pendidikan vokasional semasa menjadi Menteri Pendidikan.



"Saya tidak membuat sebarang kenyataan seperti itu. Dakwaan itu sangat menyakitkan kerana semasa menjadi seorang menteri Kabinet, pendidikan kanak-kanak sangat dekat di hati saya," katanya.



"Atas sebab itu, apabila saya menjadi Menteri Pendidikan, saya menambahkan sokongan untuk pendidikan bagi semua pelajar, dengan tumpuan khusus pada kanak-kanak di politeknik dan ITE, atau yang ketika itu VITB itu," katanya, merujuk kepada Lembaga Latihan Kejuruan dan Perusahaan.



"Oleh itu, sangat sedih bahawa perkara seperti itu dikatakan mengenai saya," kata Dr Tony Tan kepada pemberita semasa lawatan ke Sekolah Menengah Spectra di Woodlands.



Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan arkitek Tay Kheng Soon dalam satu forum anjuran Parti Demokratik Singapura (SDP) bulan lalu bahawa Dr Tan tidak menyokong peningkatan pembiayaan bagi politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE).



Encik Tay mendakwa Dr Tony Tan membuat komen-komen negatif kepada saudaranya, mendiang Dr Tay Eng Soon, yang merupakan Menteri Negara Kanan bagi Pendidikan dari 1988 hingga 1993 dan yang menyelia pendidikan vokasional.



Dr Tony Tan menjadi Menteri Pendidikan dari 1980 hingga 1981 dan 1985 hingga 1991.



Kenyataan Encik Tay ditolak oleh mantan Menteri Kanan S. Jayakumar pada Rabu.



Profesor Jayakumar memberitahu akhbar The Straits Times: "Ia tidak masuk akal. Saya tidak pernah dengar Tony Tan membuat kenyataan mengecil-ngecilkan mengenai poly dan pelajar VITB.



"Sebaliknya, apabila kami membincangkan mengenai poly dan VITB dalam Kabinet atau pra-Kabinet, saya masih ingat bahawa sebagai Menteri Pendidikan beliau sentiasa membuat promosi kukuh untuk sokongan pemerintah bagi institusi-institusi ini."



Encik Lee Yock Suan, yang menjadi Menteri Pendidikan selepas Dr Tony Tan, juga berkata beliau sendiri melihat usaha Dr Tony Tan bagi meningkatkan peluang pelajar politeknik dan ITE.



"Beliau memulakan langkah untuk menubuhkan Politeknik Nanyang dan menaik taraf VITB ke ITE," kata Encik Lee.



"Saya tahu daripada perbualan saya dengan beliau bahawa beliau berasa dengan mendalam bahawa mereka perlu diberi peluang berjaya dalam hidup. Beliau, oleh itu, bukan seorang yang akan membuat kenyataan yang telah dikaitkan dengan beliau itu," katanya.



Kementerian Pendidikan (MOE) berkata pada Rabu bahawa Dr Tony Tan menyelia perkembangan utama dalam sektor politeknik dan ITE sebagai Menteri Pendidikan.



Jurucakap itu berkata dari 1986 hingga 1992, perbelanjaan pemerintah bagi setiap pelajar meningkat 48 peratus bagi politeknik, dan 58 peratus bagi ITE. Pada masa sama, kemasukan melonjak 68 peratus dalam politeknik, dan 21 peratus di ITE.



Semasa lawatan ke Spectra, Dr Tony Tan antara lain meninjau kelas Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.



Spectra satu daripada dua sekolah bagi pelajar aliran Normal (Teknikal) yang kurang cenderung pada pelajaran akademik.



Dr Tony Tan berkata sekolah seperti Spectra menyediakan laluan berbeza untuk berjaya.



"Ia bukan hanya satu jalan sempit di mana jika anda jatuh, anda tidak dapat bangkit lagi. Ada banyak cara alternatif. Kementerian Pendidikan dan Pemerintah sentiasa berada untuk membantu anda."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >