Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Tony Tan tiba di Italy

May 23, 2016 | 08:25 AM



PRESIDEN Tony Tan Keng Yam tiba di Italy pada tengah hari Ahad (22 Mei), dan diberi penghormatan oleh polis tentera negara itu yang berpakaian penuh istiadat di Lapangan Terbang Fiumicino di Rom.



Beliau, yang dalam lawatan negara ke Italy dan Vatican City minggu ini, disambut oleh Timbalan Menteri Luar Italy, Encik Mario Giro, dan Duta Italy ke Singapura, Encik Paolo Crudele.



Isteri Dr Tony Tan, Cik Mary Tan, dihadiahkan sejambak bunga krim dan merah jambu oleh Cik Crudele.



Italy antara negara pertama yang menjalin hubungan diplomatik dengan Singapura apabila negara ini baru merdeka pada 1965, "semasa sedikit negara berasa kita akan kekal bertakat sebagai sebuah negara berdaulat", kata Dr Tony Tan dalam laman Facebook sebelum meninggalkan Singapura.



Ia kini rakan penting bagi Singapura dalam Kesatuan Eropah (EU), beliau berkata, sambil menambah bahawa hubungan dua hala kukuh dan sedang berkembang dalam bidang perdagangan, pelaburan, budaya, pertahanan, pendidikan dan penyelidikan.



Dr Tan turut menonjolkan hubungan yang telah lama terjalin antara Singapura dengan Holy See.



"Gereja Katolik telah membuat sumbangan berharga kepada pembangunan Singapura, termasuk dalam bidang pendidikan, penjagaan kesihatan dan kebajikan sosial," kata beliau.



"Saya berharap untuk melanjutkan hubungan mesra Singapura dengan Italy dan Holy See semasa lawatan negara ini."



Pada Ahad petang, Dr Tony Tan menjadi hos bagi kira-kira 20 ahli perniagaan Singapura dalam satu majlis di Hotel Westin Excelsior.



Ahli perniagaan itu, termasuk daripada syarikat kecil dan sederhana (SME), sedang menyertai satu misi yang dianjurkan oleh agensi perdagangan IE Singapore bagi menjalin hubungan dengan rakan perniagaan berpotensi dalam industri seperti fesyen, perabot, logistik dan pendidikan.



Dr Tony Tan akan diberi sambutan rasmi hari ini oleh Presiden Italy, Encik Sergio Mattarella, yang akan juga menjadi hos sebuah majlis jamuan negara bagi beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >