Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Tony Tan tinjau usaha Al-Azhar perangi idealogi radikal menyeleweng

Nov 01, 2016 | 10:16 AM



KAHERAH: Sebuah bilik di kampus Universiti Al-Azhar dipenuhi kira-kira 50 komputer.



Di sini, ulama berperang dengan pengganas - bukan dengan senjata, tetapi dengan kata-kata dan ajaran sebenar Islam.



Ia Balai Cerap Bahasa Asing Al Azhar, yang memantau ideologi pelampau dalam talian, melayari laman web dan media sosial dalam sembilan bahasa berbeza, termasuk bahasa Inggeris, Mandarin dan Urdu, sebelum menyiarkan pematahan mereka untuk mematahkan hujah salah pengganas.



Ia antara institusi utama Mesir yang membantu memerangi ekstremisme agama di dalam dan luar negara.



Pada petang Isnin (31 Oktober), Presiden Tony Tan Keng Yam melawat balai cerap itu dengan dihoskan Imam Besar Al-Azhar Grand Imam, Dr Ahmed Al Tayyeb.



Dr Tan, yang dalam rangka lawatan rasmi pertama beliau ke Mesir, bertemu Dr Al Tayyeb sebelum lawatan itu, dan mereka membincangkan cara Singapura dan Mesir boleh menggalak toleransi agama dan sikap saling pemahaman.



Balai cerap itu ditubuhkan pada 2015 oleh Dr Al Tayyeb, seorang tokoh Mesir utama yang menyeru toleransi.



Dr Al Tayyeb telah mengembara ke seluruh dunia untuk bertemu dan membina jambatan dengan para pemimpin agama lain - termasuk Paus Francis pada Mei lalu - kata pakar raunding beliau bagi hubungan luar, Encik Abdel Rahman Moussa.



Beliau menambah bahawa perjuangan menentang ekstremisme menjadi "perhatian utama" Imam Besar itu, dan balai cerap tersebut ditubuhkan untuk menentang usaha oleh kumpulan pengganas seperti Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) menggunakan media sosial bagi meradikalkan Muslim.



"Kami memutuskan dengan cepat untuk menubuhkan balai cerap ini... untuk menjawab dan menyangkal semua dakwaan dan pemikiran kumpulan pengganas, yang tersebar di seluruh dunia," kata Encik Moussa.



Perjuangan itu sengit kerana beberapa kumpulan pengganas mengeluarkan beribu-ribu mesej menyeleweng setiap hari. ISIS, misalnya, menghantar antara 4,000 hingga 7,000 mesej kepada pengikutnya di seluruh dunia setiap hari, kata Encik Moussa.



Ulama di balai cerap itu mencari mesej tersebut, menganalisanya dan menjawab dengan segera dalam talian pada platform media sosial menggunakan undang-undang dan ajaran Islam, katanya.



Mereka berbuat demikian "untuk menyangkal idea-idea itu dan menerangkan pemikiran dan idea betul kepada belia, dan menunjukkan betapa semua dakwaan itu... palsu, dan tidak ada sembarang kaitan dengan Islam, orang Islam dan perjuangan Islam".



Sebagai contoh, satu tanggapan salah lazim ialah idea bahawa umat Islam perlu menubuhkan dan tinggal di Negara Islam, atau khalifah - yang menjadi alasan kewujudan ISIS.



"Tidak ada negara Islam dalam ajaran agama Islam sama sekali... kami sedang menyangkal semua idea itu sekarang," kata Encik Moussa.



Pada Selasa (1 Nov), Dr Tony Tan dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Mesir, Encik Sherif Ismail, dan menghadiri majlis tamat pengajian khas bagi 47 pelajar Singapura di Al-Azhar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >