Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden ucap tahniah kepada atlit paralimpik negara atas pencapaian di APG ke-9

Sep 24, 2017 | 09:38 PM



PRESIDEN Halimah Yacob mengucapkan tahniah kepada atlit paralimpik yang tiba di Singapura hari ini dalam pos di Facebooknya malam tadi. 



Beliau menulis: “Tahniah kepada pasukan Singapura di atas pungutan pingat yang memecahkan rekod di Sukan Para Asean!” 



“Usaha anda berbaloi. Kebanyakan daripada anda juga turut mempamerkan daya tahan yang mengagumkan dengan mengatasi cabaran peribadi yang anda hadapi untuk tiba di mana anda berada sekarang.



“Anda pencetus inspirasi buat kami, dan kami amat berbangga dengan anda semua. Terima kasih kerana mengharumkan nama negara!” 



Kontinjen Singapura bagi Sukan Para Asean kesembilan telah disambut dengan meriah setibanya mereka di Lapangan Terbang Changi tengah hari tadi. 



Kontinjen tersebut, yang membawa pulang pungutan terbanyak Singapura pada acara Sukan Para Asean luar negara tahun ini dengan 50 pingat, disambut oleh keluarga, teman, penyokong dan juga tetamu terhormat Speaker Parlimen Encik Tan Chuan Jin, dan Menteri Kanan Kebudayaan Masyarakat dan Belia Cik Sim Ann.



Ketua kontinjen, Cik Shirley Low, yang telah memberikan ucapan semasa acara tersebut berkata: 





“Memang seronok disambut dengan meriah oleh orang ramai semasa kami tiba tadi. Kami menyambut pulang pasukan yang bukan sahaja membawa pulang pungutan pingat terbanyak untuk Singapura pada Sukan Para Asean luar negara tetapi pasukan yang juga telah memaparkan prestasi yang baik, dengan atlit yang memecahkan rekod baru serta mengatasi prestasi terbaik mereka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >