NAMA Presiden pertama Singapura , Allahyarham Yusof Ishak, memang wajar sekali diabadikan kerana sumbangan besar beliau memimpin Singapura pada masa sukar - ketika pemerintahan sendiri negara, penyatuan dengan Malaysia dan kemerdekaan yang tidak diduga.
Bakti Allahyarham sebagai ketua negara - yang didasari pegangan kuat beliau pada meritokrasi, dasar berbilang kaum dan kemodenan, sebagaimana dinyatakan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam ucapan beliau semasa Rapat Hari Kebangsaan kelmarin - banyak menyumbang kepada keharmonian dengan Encik Lee menyifatkan Allahyarham sebagai pemimpin yang menyokong kuat meritokrasi, dasar berbilang kaum dan kemodenan.