Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah usul dialog peringkat nasional sebar harmoni agama

May 24, 2018 | 05:30 AM



BAGI meluaskan lagi mesej yang disebarkan Pusat Harmoni berkenaan keharmonian agama, satu dialog di peringkat nasional patut diadakan.



Demikian pandangan Presiden Halimah Yacob ketika ditemui wartawan di Pusat Harmoni yang terletak di Masjid An-Nahdhah semalam.



"Kita sering memikirkan untuk meningkatkan usaha memperbaiki hubungan agama. Kalau kita dapat mempertingkatkan dialog tersebut kepada peringkat nasional, misalnya kita mempunyai Dialog Shangri-La tentang keselamatan, mungkin kita juga boleh ada semacam dialog tersebut bagi keharmonian agama," saran Puan Halimah.



Beliau menyertai sekitar 200 jemaah dalam majlis berbuka puasa di masjid tersebut malam tadi.



Awal dari itu, Puan Halimah yang ditemani suaminya, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, dibawa ke Pusat Harmoni bagi mengetahui usaha dan kegiatan yang dijalankan pusat tersebut.



Ini merupakan kali pertama beliau melawat Pusat Harmoni selaku Presiden.



Dalam lawatan itu, beliau berpeluang berinteraksi dengan ketua beberapa organisasi berdekatan seperti Gereja Bible-Presbyterian Zion Bishan, Girl Guides Singapura, Pusat Bahasa Kementerian Pendidikan (Bishan) serta pegawai dari Lembaga Pengurusan Masjid An-Nahdhah.



Turut menyertainya ialah Menteri Sekitaran dan Sumber Air merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh Encik Chong Kee Hiong; Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Haji Alami Musa; Mufti Dr Fatris Bakaram; Ketua Eksekutif Muis, Haji Abdul Razak Maricar; dan pemimpin masyarakat lain.



Memuji usaha yang dijalankan Pusat Harmoni, Presiden Halimah berkata: "Yang baiknya tentang Pusat Harmoni ini, ia memberi peluang untuk bekerjasama dengan badan-badan akar umbi dan ini adalah satu cara membawa mesej dari Pusat Harmoni ini kepada Singapura."



Presiden Halimah turut memuji majlis iftar di Singapura dan menganggapnya sebagai sesuatu yang istimewa.



"Saya rasa iftar yang diadakan di Singapura memanglah sesuatu yang istimewa sebab iftar di sini selalunya merangkumi mereka dari agama lain. Ini satu keistimewaan yang harus kita teruskan kerana ia memberi peluang bagi mereka yang beragama lain memahami dengan lebih baik lagi tentang agama Islam," ujar beliau.



Hadir bagi majlis iftar pertamanya, Reverand Dr Alby Yip, Pastor Kanan Gereja Bible-Presbyterian Zion Bishan yang turut dijemput Masjid An-Nahdhah menyifatkan ia pengalaman menarik.



"Ini iftar pertama saya, jadi saya tak begitu pasti sama ada untuk menggunakan tangan (untuk makan) atau sudu garfu," katanya sambil tersenyum dan akhirnya memutus menggunakan tangan.



Ketua Pusat Harmoni, Ustaz Mohamed Ali Atan, berkata: "Usaha kami (beriftar bersama mereka dari agama berlainan) adalah untuk mengeratkan kesefahaman berbilang agama, selain untuk mereka merasakan dan mengetahui amalan orang Islam yang berpuasa di bulan Ramadan. Ia juga untuk mereka mengetahui bagaimana orang Islam sangat menghargai dan menghormati agama lain."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >