PRESIDEN Vietnam Encik Tran Dai Quang kini berada di sini dalam rangka lawatan tiga hari hingga esok atas undangan Presiden Tony Tan Keng Yam.
Presiden Quang ditemani isterinya Cik Nguyen Thi Hien, Pengerusi-Menteri di Pejabat Presiden Encik Dao Viet Trung, Menteri Perancangan dan Pelaburan Encik Tran Tuan Anh, Menteri Pendidikan dan Latihan Encik Phung Xuan Nha, pegawai kanan dan rombongan perniagaan.