Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Prestasi pelajar dalam PSLE, GCE 'O' dan 'A' meningkat

Oct 05, 2016 | 01:55 PM



LEBIH ramai murid lulus Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) dan boleh memasuki sekolah menengah.



Angka baru daripada Kementerian Pendidikan (MOE) menunjukkan 98.3 peratus murid PSLE layak memasuki aliran ekspres, normal (akademik) dan normal (teknikal) sekolah menengah tahun lepas.



Satu dekad lalu pada 2006, 97.7 peratus berjaya dalam pemeriksaan itu.



MOE mengeluarkan pada Rabu (5 Okt) data tahunan mengenai prestasi pelajar daripada latar belakang etnik berbeza dari 2006 hingga 2016.



Bagi PSLE, murid India menunjukkan peningkatan paling baik sepanjang 10 tahun itu, dengan 98 peratus daripada mereka layak ke sekolah menengah. Ini peningkatan 2.1 mata peratusan berbanding 95.9 peratus pada 2006.



Dalam tempoh sama, terdapat peningkatan 0.3 peratusan mata bagi murid Cina, manakala pelajar Melayu menyaksikan peningkatan 0.6 peratusan mata.



Laporan MOE juga menunjukkan para pelajar mencapai prestasi lebih baik dalam GCE peringkat A dan O sepanjang tempoh itu.



Tahun lalu, 93.1 peratus pelajar GCE peringkat A lulus sekurang-kurangnya tiga mata pelajaran H2 serta Kertas Am atau Pengetahuan dan Penyelidikan. Ini peningkatan 6.1 peratus daripada 87 peratus pada 2006.



Bagi GCE peringkat O, 83.7 peratus pelajar mendapat sekurang-kurangnya lima kelulusan peringkat O, berbanding kira-kira 82 peratus pada 2006.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >