Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pritam Singh jadi penolong setiausaha agung WP, tanda bakal ketuai parti

Jun 08, 2016 | 08:39 AM



ANGGOTA Parlimen (AP) GRC Aljunied, Encik Pritam Singh, telah dilantik sebagai penolong setiausaha agung Parti Pekerja (WP), jawatan yang kosong sejak 2006 dan yang kini menandakan beliau bakal mengambil alih tampuk kepimpinan parti pembangkang itu.



Seorang lagi AP GRC itu, Encik Chen Show Mao, yang, dalam langkah yang belum pernah berlaku sebelum ini, mencabar setiausaha agung Low Thia Khiang untuk menerajui WP, mengekalkan jawatannya sebagai bendahari.



Encik Muhamad Faisal Abdul Manap, 40 tahun, juga AP GRC Aljunied, mengambil alih jawatan naib pengerusi, yang lama dipegang bekas ahli CEC, Encik Mohammed Rahizan Yaacob, 60 tahun, yang tidak dipilih semula.



Dengan ini, Encik Singh, 40 tahun, yang dulu setiausaha penganjur, telah memegang kedua-dua jawatan yang dipenuhi Encik Low sebelum beliau dilantik menjadi ketua parti itu pada 2001.



Para pemegang jawatan itu ditentukan pada Selasa (7 Jun) malam dalam mesyuarat pertama WP sejak Majlis Eksekutif Pusat (CEC) parti itu dilantik lebih seminggu lalu, pada 29 Mei.



Antara pelantikan lain ialah AP Hougang, Encik Png Eng Huat, 54 tahun, mengambil alih daripada Encik Singh sebagai setiausaha penganjur, dan Encik Firoz Khan, 49 tahun, yang bertanding di GRC Marine Parade dalam pilihan raya umum tahun lalu, dilantik sebagai timbalan pentadbir web.



Sumber dalam parti itu berkata Encik Singh diberi tanggungjawab tambahan sejak pilihan raya umum tahun lepas, misalnya menjadi pengerusi Majlis Bandaran Aljunied-Hougang.



Mengenai Encik Chen, 54 tahun, sumber tersebut berkata beliau dijangka mengekalkan kedudukan penting dalam CEC kerana jika tidak, akan timbul desas-desus lanjut mengenai perpecahan antara beliau dan Encik Low menyusuli tindakannya bertanding bagi jawatan setiausaha agung Encik Low.



Encik Low, 59 tahun, berjaya mengekalkan jawatan itu dengan mendapat 61 undi, berbanding 45 bagi Encik Chen.



Encik Low kian menonjolkan pemimpin baru dan muda sejak tahun-tahun kebelakangan tetapi ada kumpulan dalam parti itu tidak senang kerana berasa pendapat mereka mengenai hal penting parti, termasuk pemilihan calon bagi pilihan raya umum lalu, tidak diendahkan,



Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Encik Low dan pengerusi parti, Cik Sylvia Lim, 51 tahun, bercakap secara terbuka mengenai berundur daripada kedudukan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >