KUMPULAN Media Inggeris/Melayu/Tamil (EMTM) syarikat Singapore Press Holdings (SPH) telah berjaya membina keupayaan berbilang platform media di samping barisan akhbar cetak tradisional.
Platform tersebut telah membantu SPH merangkul anugerah digital antarabangsa dan menyediakan pelbagai wadah seperti radio, buku dan perniagaan data yang akan membantu syarikat itu mengharungi cabaran industri media dalam tahun-tahun mendatang.