Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Profesor Ying diberi anugerah tertinggi Amerika sebagai pencipta akademik

Dec 13, 2017 | 05:30 AM



PENGARAH Eksekutif Institut Biokejuruteraan dan Nanoteknologi (IBN) A*Star, Profesor Jackie Y. Ying, malam tadi telah dinamakan sebagai Felo Akademi Nasional bagi Pencipta Amerika Syarikat (NAI).



Ini adalah anugerah profesional tertinggi yang diberikan kepada pencipta akademik yang telah menunjukkan semangat inovasi dalam menghasilkan atau memudahkan ciptaan yang cemerlang yang telah memberi impak ketara kepada mutu hidup, pembangunan ekonomi dan kebajikan masyarakat.



Profesor Ying merupakan penyelidik pertama yang berpangkalan di Singapura yang menerima pengiktirafan itu.



Beliau dipilih Felo NAI atas sumbangannya yang cemerlang kepada penemuan inovatif dan teknologi, penemuan paten dan perlesenan yang memberi kesan penting kepada masyarakat serta memberi sokongan dan peningkatan inovasi.



"Satu penghormatan besar dinamakan rakan Akademi Nasional Pencipta AS," kata Profesor Ying menerusi satu siaran akhbar yang dikeluarkan oleh A*Star.



"Setelah belajar di kolej yang sama dengan Thomas Edison, saya amat terdorong menjadi pencipta. Keupayaan menghasilkan kesan sosial melalui penemuan teknologi dan inovasi adalah aspek penyelidikan yang paling menarik," ujarnya.



Profesor Ying mempunyai lebih 180 paten utama dan aplikasi paten.



Sebanyak 32 patennya telah dilesenkan kepada syarikat berbilang negara dan perniagaan baru untuk pelbagai aplikasi dalam perubatan nano, penghantaran dadah, kejuruteraan sel dan tisu, implan perubatan, biosensor, peranti perubatan, diagnostik, pemeriksaan dadah, pemangkinan dan bateri.



Ciptaannya telah menghasilkan banyak lagi penemuan susulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >