Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BAHAS BELANJ

Program bantu kanak-kanak keperluan khas di prasekolah terpilih

Feb 26, 2021 | 05:30 AM



SATU program untuk membantu kanak-kanak berkeperluan khas yang menggabungkan campur tangan awal dan khidmat penjagaan awal kanak-kanak akan dilancarkan di beberapa prasekolah terpilih, kata Menteri Negara Pendidikan, Cik Sun Xueling.



Program Sokongan Inklusif atau InSP yang dirintis itu akan menawarkan sokongan dalam sekolah bagi kanak-kanak yang memerlukan sokongan campur tangan di paras pertengahan.



Ini akan membolehkan kanak-kanak untuk mengambil bahagian secara bermakna sealiran dengan rakan sebaya mereka selain mengurangkan beban dan tekanan penjaga, yang mungkin timbul akibat perlu menghantar kanak-kanak tersebut antara dua pusat - prasekolah dan pusat campur tangan.



"Jika berjaya, kami berharap dapat meluaskan InSP kepada lebih banyak prasekolah dan mengurangkan beban ibu yang menjaga anak-anak dengan keperluan pembangunan," kata Cik Sun.



Beliau berkata demikian pada hari kedua bahas Belanjawan berhubung sokongan terhadap wanita.



Buat masa ini, sekitar 75 peratus kanak-kanak berusia antara tiga tahun dengan enam tahun yang menghadiri Program Campur Tangan Awal bagi Bayi dan Kanak-Kanak (Eipic) yang ditawarkan di pusat campur tangan awal, turut menghadiri prasekolah.



Kanak-kanak ini perlu berulang-alik dari prasekolah dan pusat campur tangan awal dua hingga tiga kali seminggu.



Menurut Cik Sun, yang merupakan pengerusi bersama bagi satu Kumpulan Kerja Prasekolah Inklusif, dalam satu kajian dalam talian, kebanyakan ibu dan penjaga menyifatkan masa perjalanan ini sebagai antara tiga keprihatinan utama.



Di samping itu, Cik Sun turut menyentuh tentang peri pentingnya melindungi wanita secara fizikal dan kesejahteraan wanita dan perempuan terutama dalam kalangan mereka yang memerlukan.



Memberi perangkaan terkini, beliau berkata Khidmat Perlindungan Dewasa dan Kanak-Kanak Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) menyaksikan kenaikan 40 peratus dalam bilangan pertanyaan bulanan secara purata di antara Januari dengan Oktober tahun lalu, berbanding dengan tempoh yang sama pada 2019.



Meski bukan semua pertanyaan berkaitan dengan keganasan keluarga dan ia termasuk panggilan berulang daripada individu yang sama atau beberapa panggilan yang melaporkan kejadian yang sama, Cik Sun berkata adalah perlu untuk memantau trend ini dengan lebih dekat.



Beliau yang juga merupakan pengerusi bersama dalam pasukan bertindak terhadap Keganasan Keluarga juga telah meneliti landskap dan kemungkinan sebab berlakunya keganasan keluarga dan akan memberikan saranan kepada Menteri Ehwal Dalam Negeri dan Undang-Undang dan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga.



Menyentuh tentang bantuan kewangan, Cik Sun berkata sekitar 210,000 wanita bekerja telah meraih manfaat daripada sokongan kewangan daripada skim yang dilancarkan pemerintah.



Ini termasuk Dan Bantuan Sementara, Geran Sokongan Covid-19 dan Geran Pemulihan Covid-19 yang diperkenalkan bulan lalu.



Bilangan tersebut menurutnya mewakili jumlah wanita yang bekerja dalam tenaga buruh negara.



"Langkah belanjawan mungkin tidak disasarkan secara jelas tetapi ia tidak kurang kesan atau bermakna bagi mereka (wanita)," ujarnya.



Beliau turut menambah Pakej Sokongan Isi Rumah (HSP) akan diperkenalkan untuk menawarkan sokongan tambahan bagi keluarga semasa keadaan ekonomi tidak menentu ini.



Keluarga berpendapatan rendah dan pertengahan akan menerima lebih banyak termasuk wanita yang kurang sokongan keluarga, seperti wanita tua yang tinggal seorang diri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >