Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program baru bantu wanita kembali bekerja dilancar

MOM
Aug 17, 2017 | 05:30 AM



SEBUAH program baru yang bertujuan membantu wanita yang berehat daripada kerjaya kembali bekerja dilancarkan semalam (16 Ogos).



Program Career Re:Launch, yang dikendalikan Mums@Work, merupakan sebuah program latihan berstruktur selama 12 minggu bagi karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) wanita yang sudah tidak bekerja sekurang-kurangnya dua tahun.



Peserta program itu boleh memohon pekerjaan dalam syarikat berdasarkan percubaan. Sebelum mereka mula bekerja, mereka akan menyertai modul latihan pendek mengenai perniagaan dan teknologi untuk mengemaskini pengetahuan dan kemahiran mereka.



Mereka juga akan digandingkan dengan seorang mentor daripada kumpulan yang akan mereka sertai supaya dapat bertukar-tukar idea dan perspektif.



Ini di samping latihan di tempat kerja yang akan disediakan majikan semasa tempoh pekerjaan-percubaan selama sekurang-kurangnya 12 minggu itu.



Dua pusingan pertama program itu akan bermula pada Oktober ini dan Januari tahun depan.



Dalam pada itu, majikan yang mendaftar bagi program baru itu boleh memohon bagi insentif di bawah skim Returner Work Trial NTUC/e2i yang dilancarkan Julai lalu.



Skim itu menawarkan sokongan pembiayaan pemerintah bagi individu yang kembali bekerja.



Di bawah skim tersebut, pemerintah akan menaja $1,500 elaun latihan bulanan selama sehingga enam bulan, dengan syarikat menyumbang sekurang-kurangnya tambahan $1,000.



Majikan yang mengekalkan kakitangan baru bagi sekurang-kurangnya tiga bulan berturut-turut selepas tempoh pekerjaan-percubaan akan menerima bonus sekali sebanyak $3,000 daripada pemerintah. Ini akan diberi sembilan bulan selepas permulaan pekerjaan-percubaan. 



Majikan yang mendaftar bagi program Career Re:Launch boleh mendekati Mums@Work, yang akan menguruskan dan menghantar permohonan mereka kepada e2i untuk penilaian.



Individu dan majikan yang berminat menyertai  Program Career Re:Launch  boleh melungsuri laman www.careerrelaunchprogramme.com bagi mendapatkan maklumat lanjut.



Program itu dibuka kepada rakyat Singapura berusia 30 tahun dan ke atas yang memiliki sekurang-kurangnya kelayakan diploma.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >