Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program Bekerja dan Belajar SkillsFuture bagi kakitangan lapangan terbang

Aug 13, 2015 | 12:39 PM



DUA Program Bekerja dan Belajar SkillsFuture akan dilancarkan tidak lama lagi bagi ejen perkhidmatan penumpang dan spesialis operasi di lapangan untuk membina saluran bakat baru bagi sektor pengangkutan udara.


Di bawah program itu, lulusan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) akan dipadankan dengan majikan sesuai dan menjalani latihan amali berstruktur yang membawa kepada persijilan yang diiktiraf industri.


Ini diumum Menteri Negara Kanan (Kewangan merangkap Pengangkutan), Cik Josephine Teo, di perasmian majlis Rumah Terbuka Penerbangan di Pusat Konvensyen Suntec City pagi tadi.


Beliau juga mengumumkan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) sedang memulakan usaha mereka semula pekerjaan bagi meningkatkan kerjaya penerbangan dan menjadikan pekerjaan itu mencabar dan bermakna.


Sebagai permulaan, ia bekerja rapat dengan rakan kongsi bagi mereka semula kerja pengendalian di lapangan.


Ini akan meningkatkan laluan kerjaya sedia ada bagi pekerja, mewujudkan peluang baru untuk pembangunan kemahiran dan pertumbuhan pekerjaan, kata Cik Teo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >