Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program bergaji dan belajar SkillsFuture bagi sektor tenaga dan kimia

Aug 22, 2016 | 02:05 PM



SEBUAH program yang membolehkan lulusan politeknik belajar sedang mereka bekerja dalam sektor tenaga dan kimia dilancarkan pada Isnin (22 Ogos).



Program Bergaji dan Belajar (ELP) SkillsFuture bagi sektor tenaga dan kimia itu akan membantu membina saluran tenaga kerja mahir untuk sektor yang semakin meningkat itu.



Buat kali pertama, peserta yang lulus daripada program 18 bulan itu akan dikecualikan daripada modul tertentu jika mereka memilih melanjutkan pengajian ijazah berkaitan di Universiti Nasional Singapura (NUS) atau Institut Teknologi Singapura (SIT), selepas menamatkan ELP tersebut.



Tahun lalu, pengeluaran daripada sektor tenaga dan kimia menyumbang hampir $282 juta, atau 29 peratus, daripada jumlah pengeluaran perkilangan Singapura. Sektor ini kini menggajikan lebih 40,000 pekerja tetapi dijangka terus berkembang.



Adalah penting mempunyai inisiatif SkillsFuture dalam sektor tenaga dan kimia kerana ia antara "industri tulang belakang" bagi Singapura, , kata Pemangku Menteri Pendidikan (Pengajian Tinggi dan Kemahiran), Encik Ong Ye Kung, semasa melancarkan program tersebut di Shell Eastern Petroleum di Pulau Bukom.



Selain itu, sektor tersebut, yang juga sebahagian daripada industri minyak dan gas, mudah terdedah kepada gangguan.



Di bawah program itu, peserta mengikuti pelajaran di Politeknik Singapura, mendapat latihan di tempat kerja dan dibimbing oleh majikan mereka. Mereka dibayar gaji asas daripada $1,400 hingga $2,000 sebulan dengan elaun syif $800 hingga $1,000.



Mereka akan menamatkan pengajian dengan Diploma Lanjutan dalam Kejuruteraan Kimia daripada politeknik itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >