Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: KEMENTERIAN PERTAHANAN

Program keselamatan siber dan digital bakal diperluas: Zaqy

Feb 28, 2023 | 05:30 AM



SEBUAH program yang bertujuan melengkapi anak muda dengan kemahiran keselamatan siber dan digital yang dirintis pada 2022 akan ditawarkan kepada lebih ramai pelajar dan sekolah dalam tahun-tahun mendatang.



Program Sentinel yang dikendalikan Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS) - teras perkhidmatan keempat dan terbaru Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) - menawarkan pelajar daripada peringkat sekolah menengah, maktab rendah dan politenik menerusi bengkel, sesi pendekatan dan pertandingan, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia) Encik Zaqy Mohamad yang berucap di Parlimen pada Isnin sewaktu perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) bagi Kementerian Pertahanan (Mindef).



Encik Shawn Huang (GRC Jurong) ingin tahu bagaimana Singapura sedang bekerjasama dengan negara lain untuk melawan ancaman siber, sementara Encik Seah Kian Peng (GRC Marine Parade) dan Cik Rachel Ong (GRC West Coast) bertanya tentang usaha Mindef dalam mendekati belia dalam isu pertahanan.



Encik Zaqy berkata:



"Program (Sentinel) dilakarkan secara teliti untuk mendedahkan pelajar kepada kemahiran asas seperti pemprograman asas, kriptografi, dan forensik rangkaian.



"Kami dapati bahawa pelajar mempunyai minat yang mendalam menerusi program perintis ini, dan kami sedang bekerjasama dengan agensi lain, seperti Agensi Keselamatan Siber Singapura, untuk menawarkan program ini kepada pelajar daripada semua sekolah menengah, maktab rendah, politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dalam tahun-tahun mendatang."



Menurut Mindef dalam satu kenyataan, lebih 300 pelajar daripada empat sekolah menengah, 13 maktab rendah dan lima politeknik telah melibatkan diri dalam program tersebut tahun lalu.



Kementerian itu menambah bahawa Pertahanan Digital diperkenalkan sebagai tunggak keenam bagi Pertahanan Mutlak pada 2019 untuk meningkatkan kesedaran mengenai pertahanan dalam domain digital, bagi menangani ancaman yang semakin meningkat yang timbul daripada dunia digital terhadap Singapura dan warga Singapura.



Encik Lim Biow Chuan (Mountbatten) dan Encik Melvin Yong (SMC Radin Mas) telah bertanya tentang rancangan bagi muzium ketenteraan dan pertahanan Singapura, dan apa yang boleh dijangkakan pengunjung.



Menjawab pertanyaan itu, Encik Zaqy telah mengumumkan penubuhan Kolektif Pertahanan Singapura atau Defence Collective Singapore yang bertujuan memantau semua muzium pertahanan dan ketenteraan, demi menghidupkan kisah pertahanan Singapura dan memelihara warisan dengan lebih baik.



"Ini akan membantu kami menyampaikan program pendidikan nasional dan memastikan pengalaman pengunjung yang terbaik di muzium kami," katanya.



Encik Zaqy turut berkata bahawa mereka telah menyuntik kesegaran kepada muzium-muzium mereka untuk memastikan bahawa kandungan pamerannya adalah terkini, dan pengalaman yang interaktif bagi para pengunjung, serta mempunyai unsur pendidikan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >