Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan - EHWAL MASYARAKAT ISLAM: MEMBINA TENAGA KERJA BERUPAYA

Program mentor di ITE bantu pelajar berjaya walau hadapi pelbagai cabaran

ITE
Mar 11, 2022 | 08:30 AM



SEBAGAI seorang pelajar, Encik Muhammad Roth Isaac Rothman sibuk dengan pelajarannya.



Namun, apabila bapanya tidak dapat memandu kereta Grab pada 2020 akibat Covid-19 dan keluarganya ditimpa masalah kewangan, pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Barat itu memutuskan bekerja sambilan bagi meringankan beban keluarganya.



Kisah Encik Isaac dikongsi Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, semasa perbahasan bagi ehwal masyarakat Islam di Parlimen semalam.



Encik Zaqy, yang juga timbalan pengerusi Yayasan Mendaki, berkata berkat bimbingan Encik Sandeep, Encik Isaac bukan sahaja tidak cicir daripada sekolah, bahkan berjaya dengan baik.



Encik Isaac berkata mentornya di bawah program #amPowered@ITE (sebelum ini dikenali sebagai Program Pemerkasaan (EP) @ITE), Encik Sandeep Krishna, banyak memberikannya dorongan dan motivasi untuk terus mengharungi cabaran yang dihadapinya.



"Oleh sebab tidak ada orang keluar rumah semasa tempoh pemutus litar (jangkitan Covid-19) dan menggunakan pengangkutan Grab, bapa saya terpaksa beralih melakukan penghantaran makanan. Ibu saya, seorang suri rumah, pun terpaksa menghantar makanan melalui Grab bagi membantu menyara keluarga.



"Sebagai anak sulung, saya pun membantu bapa saya melakukan kerja sambilan," kata Encik Isaac, 17 tahun yang mempunyai seorang adik lelaki berusia 16 tahun.



Pelajar Nitec dalam bidang teknologi automotif itu membantu bapanya menghantar makanan lima hari seminggu hampir tiga jam sehari selepas sekolah.



Bapanya memandu mengambil makanan dan dia menghantar makanan itu kepada pelanggan.



Biarpun terpaksa bekerja sambilan, penerima bantuan Dana Amanah Pendidikan (ETF) itu cemerlang dalam kursusnya itu dan lulus dengan GPA 3.7.



Encik Roth bersyukur mempunyai Encik Sandeep yang sering bertanya khabarnya dan memastikan bahawa dia terus fokus pada pelajarannya.



"Apabila saya menerima mesej Whatsapp atau panggilan video daripada Encik Sandeep, saya rasa terharu. Sungguh menggembirakan apabila ada orang yang bertanya khabar," ujarnya.



Menurut Encik Isaac, Encik Sandeep turut mendorongnya menyumbang kembali kepada masyarakat dan menjadi seorang pemimpin lebih baik di sekolah.



Dia menjadi relawan Beyond Social Services dan membantu membungkus dan menghantar barang runcit kepada penerima bantuan pusat itu, seperti keluarga kurang mampu dan warga emas.



Di ITE Kolej Barat, Encik Isaac merupakan presiden Boys Brigade Primers, yang dilancarkan bagi pelajar berkhidmat kepada masyarakat.



Dia juga pengerusi kelas dan ahli jawatankuasa eksekutif ACE di Kolej ITE Barat. ACE adalah program pembangunan pelajar untuk melahirkan pelajar cemerlang, serba boleh dan berjaya.



Selepas sembilan bulan menyertai program #amPowered@ITE, Encik Isaac mendapat anugerah mentee paling komited.



Dia merancang melanjutkan pelajaran di politeknik dan bercita-cita menjadi seorang usahawan dan membuka sebuah bengkel kereta.




APA KATA ANGGOTA PARLIMEN

 
''Meningkatkan mobiliti sosial dan kejayaan masyarakat bukan sahaja dengan perubahan dasar, ini juga memerlukan kerja keras untuk memupuk budaya mesra dan saling bantu dari segi menyediakan saluran kepada rangkaian sosial dan perniagaan, penasihat, mentor dan sokongan rakan sebaya untuk menolong anak muda kita membuat pilihan baik dalam setiap peringkat hidup mereka. Ini amat diperlukan masyarakat kita.''
- Cik Mariam Jaafar (GRC Sembawang).




''Saya amat teruja dengan program-program yang sudah sedia ada untuk membantu belia kita, seperti Program Pemerkasaan kelolaan Mendaki. Program-program ini membolehkan belia kita mendekati peluang meraih kemahiran hidup, membina keyakinan diri dan meningkatkan potensi mereka.''
- Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat South East, Encik Mohd Fahmi Aliman




''Kita telah melihat banyak perubahan kepada ekonomi sepanjang dua tahun ini. Ekonomi dunia kini lebih berdaya saing. Teknologi baru mengganggu pasaran. Pendigitalan asas bagi banyak perniagaan. Keprihatinan terhadap penjagaan alam sekitar jadi pertimbangan utama banyak industri. Peluang pekerjaan terus berubah dan kaedah pekerjaan fleksibel seperti bekerja dari rumah menjadi kebiasaan.''
- Encik Sharael Taha (GRC Pasir Ris-Punggol).




''Kita hanya mempunyai sekitar 6 peratus pekerja Melayu dalam kategori PMET. Kategori ini biasanya mendapat gaji lebih baik. Statistik juga menunjukkan bahawa sebilangan besar wanita Melayu/Islam yang sudah berkahwin atau pernah berkahwin tidak aktif dari segi ekonomi dan merupakan kumpulan buruh yang belum diterokai sepenuhnya.''
- Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >