Program pemulihan dan sosial boleh bantu perangi pengganasan

Ervina Mohd Jamil

USAHA menentang ancaman pengganasan tidak cukup dengan sekadar tindakan keselamatan dan keupayaan operasi tetapi juga perlu dilihat dari segi agama dan sosial, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Ini termasuk dengan memulihkan pengganas yang ditahan dan menyepadukan semula mereka ke dalam masyarakat.

Encik Lee berkata demikian ketika berucap di majlis jamuan malam sempena upacara penutup Simposium Sidang Puncak Asia Timur (EAS) mengenai Pemulihan Keagamaan dan Penyepaduan Semula Sosial di Masjid Khadijah petang tadi.

Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean; Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim; serta peserta simposium itu.

Encik Lee turut mengucapkan terima kasih kepada masyarakat Melayu/Islam setempat yang telah bersatu dan bekerja keras demi memastikan ideologi fahaman radikal tidak berakar umbi dan tersebar di Singapura.

Beliau menarik perhatian usaha pelbagai badan termasuk Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) yang telah bertungkus-lumus sejak ditubuhkan pada 2003 untuk menjalankan program pemulihan bagi tahanan, selain meningkatkan kesedaran masyarakat tentang ajaran ideologi fahaman radikal yang salah.

Encik Lee turut mendedahkan bahawa 57 tahanan telah dibebaskan sejak 2002.

Mereka telah menjalani pemulihan dan tidak lagi menjadi ancaman keselamatan. Daripada jumlah itu, hanya seorang sahaja mengulangi perbuatan yang sama.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 57
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.