Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program perkongsian kereta elektrik dirasmikan dengan 80 kereta

Dec 12, 2017 | 04:39 PM



PROGRAM perkongsian kereta elektrik besar-besaran yang pertama di Singapura, dilancarkan secara rasmi.



Sebanyak 80 kereta jenis hatchback dan 32 stesen mengecas yang menawarkan 120 titik mengecas disediakan bagi orang awam.



Langkah itu merupakan usaha pertama bagi meletakkan 1,000 kereta yang tidak mengeluarkan karbon dioksida pertama bagi kegunaan awam dan 2,000 titik mengecas menjelang 2020.



Ini menjadikan program perkongsian kereta elektrik itu yang kedua terbesar di Singapura.



Inisiatif itu, yang disokong oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan semasa satu majlis di Singapore Flyer.



Prasarana mengecas dan kereta 'hijau' itu dibekalkan oleh sebuah anak syarikat konglomerat Perancis Ballore Group, BlueSG, yang mempunyai skim perkongsian yang sama di Paris.



Di Paris, ia mempunyai lebih 4,000 kereta dan merupakan yang terbesar di dunia.



Cik Marie Ballore, pengarah urusan Blue Solution di bawah Ballore Group, berkata syarikat itu komited menjadikan Singapura sebagai penyedia khidmat perkongsian kenderaan elektrik kedua terbesar di dunia selepas Paris.



Seramai 2,000 pengguna telah mendaftar bagi menyewa kereta BlueSG sejak pendaftaran dibuka pada 4 Disember lalu.



Pengguna boleh memilih dua pelan langganan: Satu menawarkan langganan bulanan sebanyak $15, dan 33 sen setiap minit ia digunakan. Satu lagi tidak mengenakan bayaran bulanan tetapi akan mengenakan 50 sen seminit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >