Program Pernigaan Mikro AMP dibuka untuk golongan berpendapatan pertengahan

MEREKA berpendapatan pertengahan dan berminat untuk menjalankan perniagaan di rumah kini boleh menyertai Program Perniagaan Mikro kendalian Angkatan Karyawan Islam (AMP) tahun ini.

Program itu bertujuan melengkapkan individu dengan kemahiran berniaga untuk memulakan bisnes di rumah.

AMP telah meningkatkan had pendapatan untuk penyertaan program itu demi mendekati lebih ramai individu yang ingin memupuk semangat keusahawanan dan mempertingkatkan perniagaan mereka.

Ia kini dibuka kepada warga Melayu/Islam Singapura berusia 21 hingga 50 tahun, yang mempunyai gabungan pendapatan rumah bulanan tidak melebihi $4,000 atau pendapatan per kapita $800 ke bawah.

Peserta boleh memilih untuk menyertai pelbagai bidang latihan, termasuk makanan, kecantikan dan kesihatan, menjahit atau kraf dan aksesori perkahwinan.

Bagi menyertai program ini, mereka yang mempunyai pendapatan per kapita tidak melebihi $500 harus membayar $200, manakala yang mempunyai pendapatan per kapita antara $501 dengan $800 harus membayar $300.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 64
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.