PELAJAR yang telah tamat pengajian di Sekolah Northlight dan Sekolah Assumption Pathway kini boleh mengikuti sebuah program vokasional baru jika tidak dapat melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) atau belum bersedia untuk bekerja.
Program kerja-belajar itu berlangsung selama dua tahun dan akan ditawarkan mulai Februari depan bagi kohort pelajar yang tamat pengajian tahun ini.