PROJEK flat Bina Ikut Tempahan (BTO) telah menjadi projek perumahan awam yang pertama menerima anugerah tertinggi daripada Penguasa Binaan dan Pembangunan (BCA), ujar Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) semalam.
Hougang Capeview, yang terdiri daripada 781 unit kediaman di enam blok di Upper Serangoon Road, menerima markah tertinggi Sistem Penilaian Mutu Pembinaan (CONQUAS) lebih daripada 95 mata.