Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek kereta api laju Singapura-KL maju setapak

Oct 07, 2015 | 02:16 PM



SATU permintaan maklumat (RFI) bagi kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Singapura-Kuala Lumpur dikeluarkan oleh pemerintah kedua-dua negara pada Rabu (7 Okt) - menandakan satu pencapaian baru bagi projek bersama itu.


Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Malaysia dalam satu pengumuman bersama menyatakan usaha menilai pasaran itu akan mengukur minat pasaran dan mendapatkan pendapat industri mengenai aspek komersial dan teknikal projek tersebut.


"Maklum balas yang diterima akan memberi maklumat kepada perbincangan dua hala yang sedang berterusan dan proses tender rasmi kemudiannya," kata dua pihak itu dalam satu kenyataan media.


Dalam satu pos blog, Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan, berkata projek bersama itu "masih di landasan betul" tetapi beliau mengakui cabaran yang menanti di hadapan.


Usaha RFI itu dijangka selesai menjelang akhir tahun ini.


Dengan stesen perhentian di Bandar Malaysia di Kuala Lumpur dan Jurong East di Singapura, hubungan HSR itu dijangka mengurangkan masa perjalanan antara dua bandar tersebut kepada 90 minit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >