PROGRAM mentor dan menti bagi belia, Projek Soar bakal diperluaskan ke M³@Bandar lain tahun depan, umum Setiausaha Parlimen Kesihatan yang juga penasihat pertubuhan akar umbi GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam, sedang program perintis itu di M³@Jurong dan M³@Chua Chu Kang tamat semalam.
Namun, ini bergantung kepada keadaan Covid-19 bagi memastikan sesi mentoring dijalankan dalam sekitaran yang selamat dan kondusif.