Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek perintis izinkan basikal lipat di pengangkutan awam setiap masa

Jul 20, 2016 | 03:28 PM



SATU projek percubaan enam bulan yang membolehkan penumpang membawa basikal lipat dan peranti mobiliti peribadi (PMD) ke dalam bas dan kereta api setiap waktu, akan dilancarkan tidak lama lagi.



Ia dilihat pemerhati sebagai satu langkah penting dalam menggalak berulang-alik menggunakan basikal di negara ini.



Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan, mengumumkan mengenai projek percubaan itu pada Rabu (20 Julai) di Simposium Berjalan Berbasikal dan Menaiki Pengangutan Awam SG yang diadakan di Kampus Mediacorp.



Pada masa ini, basikal lipat dibenarkan di dalam pengangkutan awam hanya di luar waktu sibuk.



Encik Khaw juga mendedahkan butir-butir skim kongsi basikal yang akan dilancarkan di Daerah Tasik Jurong tahun depan.



Skim itu akan mempunyai kira-kira 1,000 basikal tersebar di 100 stesen dok, yang akan berada dalam jarak berjalan kaki dari satu sama lain. Basikal akan disediakan untuk penggunaan 24 jam sehari.



Satu tender bagi pengendali sistem itu akan dipanggil minggu depan, kata Encik Khaw.



Menjelaskan mengapa Singapura perlu mengurangkan penggunaan kereta, beliau berkata perancang bandar telah menyimpulkan bahawa model bandar banyak menggunakan kereta tidak dapat bertahan.



"Kereta perlu tempat letak kereta dan jalan raya, dan kedua-duanya perlu kawasan tanah luas. Ia tidak cekap digunakan. Tidak seperti pengangkutan awam, kereta peribadi biasanya digunakan hanya untuk tempoh singkat setiap hari, dan ditinggalkan di tempat letak kereta di luar masa itu," katanya.



Kira-kira 12 peratus tanah Singapura digunakan untuk jalan raya, berbanding 14 peratus bagi perumahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >