AMALAN menggunakan maklumat harga transaksi terkini bagi asas rundingan flat jualan semula akan mengurangkan kebimbangan di kalangan rakyat Singapura, kata Menteri Negara (Pembangunan Negara), Dr Mohd Maliki Osman.
Ini kerana maklumat mengenai harga transaksi flat jualan semula mudah diperolehi, dikemas kini setiap hari dan membolehkan penjual dan pembeli membuat penilaian tentang harga sesebuah flat.