Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FOKUS BERITA

Proses ketat bagi Jawatankuasa Fatwa tentukan ajaran sesat

Semua fatwa yang keluar sebelum ini mengenai ajaran sesat telah ikut proses itu dan berdasar kuasa di bawah Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla)
Dec 09, 2021 | 05:30 AM



DALAM menentukan status sesuatu ajaran sesat, Jawatankuasa Fatwa mengikuti satu proses yang ketat, berdasarkan kuasa yang diberikannya di bawah Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla).



Proses itu membabitkan beberapa langkah. Menjelaskan, jawatankuasa itu dalam satu kenyataan semalam berkata, langkah pertama ialah mengenal pasti ajaran atau kumpulan berkaitan.



Di bawah langkah itu, guru atau pemimpin yang mengajar sekumpulan orang itu dikenal pasti; dan kumpulan orang itu dianggap sebagai pelajar atau pengikutnya.



Selain itu, proses itu juga membezakan antara ajaran yang dianuti oleh sesuatu kumpulan, dengan kepercayaan yang dipegang secara peribadi yang tidak diajar atau disebarkan kepada orang lain.



Kedua, merangkumi usaha mendapatkan bukti jelas yang tidak diragui.



Di bawah langkah itu, Jawatankuasa Fatwa harus memperolehi bukti yang meyakinkan dan tidak dapat dipertikaikan, dalam kedua-dua sumber dan maknanya.



"Satu tuduhan yang tidak disertakan dengan bukti yang tidak dapat disangkal, tidak boleh diambil kira sebagai asas untuk menentukan status sesuatu ajaran, atau menganggap kumpulan tertentu sebagai menyeleweng.



"Ulama telah menjelaskan bahawa bukti sedemikian diperlukan untuk membuktikan kebenaran tuduhan itu.



"Sekiranya Jawatankuasa Fatwa tidak dapat mengesahkan kesahihan bukti kerana kuasanya yang terhad, ia tidak boleh membuat kesimpulan bahawa sesuatu ajaran itu sesat atau sebaliknya," ujar jawatankuasa itu.



Jawatankuasa tersebut menambah, semua fatwa yang dikeluarkan sebelum ini mengenai ajaran sesat telah mengikuti proses berkenaan.



Dalam kes-kes lepas, bukti yang tidak dapat disangkal yang dikumpul oleh Jawatankuasa Fatwa termasuk buku dan tulisan yang mempunyai kaitan jelas dengan ajaran tertentu; laman web yang menyebarkan pengajaran tersebut; serta pemimpin dan pengikut ajaran itu sendiri tidak menafikan bukti dan mengakui bahawa mereka mengikuti dan menyebarkan ajaran tersebut.



Langkah ketiga proses itu pula merangkumi mengenal pasti ciri-ciri sesat dalam ajaran tertuduh.



Ini menurut Jawatankuasa Fatwa, terdapat ajaran dan tafsiran yang jelas bercanggah dengan prinsip Islam dan pendirian yang diterima secara meluas, serta yang bertentangan dengan metodologi dan prinsip yang telah diterima oleh ulama berwibawa.



Dalam kenyataan semalam, jawatankuasa itu menjelaskan mungkin terdapat kes di mana kesahihan bukti dan keterangan tidak dapat ditentukan oleh Jawatankuasa Fatwa, kerana ia di luar bidang kuasa atau kuasanya untuk menyiasat.



"Dalam kes sedemikian, Jawatankuasa Fatwa tidak akan dapat membuat kesimpulan bahawa kumpulan tertentu adalah sesat atau sebaliknya, tetapi boleh mengeluarkan panduan kepada masyarakat Islam tentang ciri-ciri ajaran sesat untuk melindungi masyarakat dan mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa kumpulan sedemikian," tambah kenyataan itu.



Justeru, Jawatankuasa Fatwa telah mengeluarkan fatwa berbentuk bimbingan mengingatkan masyarakat Islam setempat mengenai beberapa ciri umum ajaran sesat, dan agar berwaspada terhadap individu atau kumpulan yang menyebarkan ajaran sesat.




USAHA DAPAT BUKTI JELAS, MEYAKINKAN DAN TIDAK DAPAT DIPERTIKAI, DALAM KEDUA-DUA SUMBER DAN MAKNANYA DIPEROLEHI



"Satu tuduhan yang tidak disertakan dengan bukti yang tidak dapat disangkal, tidak boleh diambil kira sebagai asas untuk menentukan status sesuatu ajaran, atau menganggap kumpulan tertentu sebagai menyeleweng.

Ulama telah menjelaskan bahawa bukti sedemikian diperlukan untuk membuktikan kebenaran tuduhan itu.

Sekiranya Jawatankuasa Fatwa tidak dapat mengesahkan kesahihan bukti kerana kuasanya yang terhad, ia tidak boleh membuat kesimpulan bahawa sesuatu ajaran itu sesat atau sebaliknya."



JIKA KESAHIHAN BUKTI DAN KETERANGAN TIDAK DAPAT DITENTU OLEH JAWATANKUASA FATWA, KERANA DI LUAR BIDANG KUASA ATAU KUASANYA UNTUK SIASAT



"Dalam kes sedemikian, Jawatankuasa Fatwa tidak akan dapat membuat kesimpulan bahawa kumpulan tertentu adalah sesat atau sebaliknya, tetapi boleh mengeluarkan panduan kepada masyarakat Islam tentang ciri-ciri ajaran sesat untuk melindungi masyarakat dan mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa kumpulan sedemikian."
- Jawatankuasa Fatwa dalam kenyataan semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >