INSTITUSI pendidikan swasta utama, PSB Academy, mempelawa pelajar peringkat tinggi mendaftar bagi biasiswa merit dan skim dermasiswa bernilai lebih $1.2 juta tahun ini sebagai sebahagian daripada inisiatifnya yang dinamakan Inisiatif Mudah Didekati.
Inisiatif tersebut bertujuan memperkasa pelajar memburu impian meraih pendidikan lebih tinggi dalam bidang pilihan mereka menerusi program seperti biasiswa, geran dermasiswa dan bantuan kewangan dengan meraih diploma dan ijazah daripada institusi tersebut yang dianugerahkan rakan kongsi universiti itu dari Australia dan United Kingdom.