Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PTC mula kajian semak tambang 2016

Sep 13, 2016 | 02:01 PM



MAJLIS Pengangkutan Awam (PTC) telah memulakan kajian semakan tambang 2016, dengan pengendali kereta api dijangka mengemukakan permohonan pelarasan tambang mereka untuk dipertimbangkan sebelum 7 Okt.



Oleh kerana industri bas awam sedang melalui proses peralihan kepada model kontrak bas, pengusaha bas tidak perlu memohon kepada PTC bagi kelulusan tambang.



Dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa (13 Sep), PTC berkata kajian tahun ini akan berpandukan formula pelarasan tambang sedia ada, yang sah hingga akhir tahun depan.



Berdasarkan formula semasa, kuantum maksimum pelarasan tambang yang dibenarkan ialah tolak 5.7 peratus.



Keputusan mengenai kuantum pelarasan tambang akan diumum pada suku terakhir 2016, kata PTC.



Ia menambah: "Dalam menimbangkan permohonan, PTC akan memastikan tambang kita keseimbang antara memastikan sistem pengangkutan awam mampan dari segi kewangan dan mengekalkan tambang yang dimampui pengguna."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >