Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WANITA

Puan Noor Aishah disertakan dalam dewan wanita masyhur

Mar 24, 2018 | 05:30 AM



PUAN Noor Aishah Salim, isteri mantan presiden pertama Singapura Allahyarham Yusof Ishak, akan diberi penghormatan memasuki Dewan Termasyhur Wanita Singapura atau Singapore Women's Hall of Fame (SWHF).



Beliau, 84 tahun, akan diberi piala SWHF yang digelar Obor atau Flame oleh Presiden Halimah Yacob dalam majlis penganugerahan malam ini.



Dewan Termasyhur Wanita Singapura dilancar Majlis Perwakilan Wanita Singapura (SCWO), pada 2014 untuk mengiktiraf dan meraikan pencapaian serta sumbangan wanita Singapura.



Presiden Halimah, penaung majlis tersebut, juga antara mereka yang tersenarai dalam Dewan tersebut semasa dilancar.



Puan Noor Aishah akan menyertai 11 lagi wanita kali ini.



Mereka termasuk Cik Claire Chiang, pengasas bersama syarikat Banyan Tree Holdings; dan mendiang Dr Miranda Yap, saintis bioperubatan.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong pernah menyifatkan Puan Noor Aishah sebagai wanita yang telah menyentuh jiwa warga Singapura dengan kesungguhan, sikap rendah hati dan keanggunannya.



Mengulas senarai wanita yang disertakan dalam SWHF kali ini, Duta Kelana Profesor Tommy Koh, yang mempengerusikan panel pemilihan SWHF, berkata:



"Berkongsi kisah wanita terbilang ini akan membantu memberi belia contoh wanita yang mempunyai perwatakan kuat dan berjaya sekali gus mendorong mereka menjalani kehidupan bermakna, memburu minat dan mengejar impian."



Majlis SWHF diadakan setiap tahun sempena Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >