AGENSI air negara PUB semalam mengumumkan ia sedang bekerjasama dengan Institut Kajian Infokom (I2R) di bawah Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star) untuk mengkaji cara lebih bijak mengesan banjir dalam musim monsun ini.
Kededua pihak itu sedang mengerahkan satu sistem percubaan yang menggunakan teknologi analitik imej untuk mengimbas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) PUB secara langsung dan mengesan imej yang menunjukkan berlakunya banjir.