PUB jemput tender loji penyulingan ke-4, akan dibina di Marina East menjelang 2019

AGENSI air negara PUB akan menjemput tender pada Jumaat (15 April) bagi pembinaan loji penyulingan  keempat Singapura yang akan dibina di Marina East

Loji itu, yang dijangka siap pada 2019, akan menambah kira-kira 30 juta gelen air sehari kepada bekalan air Singapura.

Singapura sekarang mempunyai dua loji penyulingan  dengan kapasiti sebanyak 100 juta gelen sehari, yang boleh memenuhi hampir 25 peratus daripada permintaan air semasa. Sebuah kilang ketiga di Tuas dijangka siap pada 2017.

Loji keempat akan mempunyai kemudahan merawat air tawar dari Kolam Air Marina. Seperti loji sedia ada, ia akan dibina di bawah aturan Reka, Bina, Miliki dan Kendali.

Syarikat yang memenangi kontrak itu akan menandatangani perjanjian pembelian air 25 tahun bagi membekalkan air sulingan kepada PUB.

"Meningkatkan kapasiti penyulingan akan mengukuhkan lagi keselamatan air kita dan meningkatkan daya tahan kemarau bekalan air Singapura," kata pengarah dasar dan perancangan PUB, Encik William Yeo.

"Seperti Airbaru, air sulingan tidak bergandung pada hujan dan boleh digunakan untuk menambah sumber lain air kita semasa cuaca kering."

Beliau menambah: "Kita secara progresif mengembangkan penyulingan kita dan kapasiti Airbaru memenuhi hingga 85 peratus keperluan air menjelang 2060."

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.