Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PUB selesai baiki saluran air, peningkatan jalan demi tangani banjir

Dec 31, 2022 | 05:30 AM



AGENSI Air Negara PUB telah menyelesaikan beberapa kerja pembaikan saluran dan peningkatan jalan tahun ini untuk menampung intensiti hujan yang lebih tinggi dan mengurangkan risiko banjir di Singapura.



Menjelang musim Monsun Timur Laut, badan itu juga telah mempertingkat ramalan hujan, pemantauan dan keupayaan tindak balas banjir untuk menghindari orang awam daripada bahaya, sekiranya berlaku banjir kilat.



Projek infrastruktur parit utama termasuk pembinaan Tasik Alkaff dan Tangki Tahanan Syed Alwi dijadualkan siap pada suku ketiga 2023 dan 2025.



Tasik Alkaff mempunyai dwifungsi sebagai kolam penahan air ribut untuk menahan larian air ribut buat sementara waktu semasa hujan lebat, dan juga ruang rekreasi dengan ciri-ciri seperti tanah lembap berteres dan anak sungai yang mengalir.



Ini adalah kolam tampungan pertama seumpamanya yang diintegrasikan dalam estet Taman Bidadari.



"Memandangkan ribut petir kadangkala boleh datang tanpa amaran awal, orang ramai harus sentiasa dimaklumkan dengan melanggan kepada saluran kami untuk menerima amaran banjir dan maklumat tentang perkara yang perlu dilakukan semasa kejadian banjir," kata Encik Yeo Keng Soon, Pengarah PUB Jabatan Tadahan dan Laluan Air.



Untuk meningkatkan keupayaan tindak balas banjir, PUB baru-baru ini memasang 400 penderia paras air tambahan di Sungai Kallang, Sungei Api Api dan Bukit Batok Canal, menambah rangkaian meluas ke hampir 1,000 penderia paras air.



Semasa hujan lebat, paras air dalam longkang dan terusan boleh naik dengan deras.



Dengan keupayaan untuk memantau keadaan tapak, PUB boleh memberikan amaran awal kepada orang ramai dan menghantar Pasukan Tindak Balas Pantas ke kawasan-kawasan ini untuk menjalankan pengurusan banjir, seperti masalah tersumbat, menggunakan penghalang banjir mudah alih dan pengurusan trafik .



PUB memberikan amaran awal kepada orang ramai mengenai potensi banjir melalui pelbagai wadah seperti saluran Telegram (t.me/sgflood), aplikasi mudah alih MyENV, antara lain, supaya langkah berjaga-jaga keselamatan boleh diambil.



Agensi itu juga meluaskan capaian kepada pemandu menerusi kerjasama dengan aplikasi automotif Motorist SG4 untuk memberikan penggunanya amaran khusus lokasi berdasarkan amaran berisiko banjir PUB dan kejadian banjir kilat.



Aplikasi ini juga akan mencadangkan laluan pemanduan alternatif untuk pengguna mengelak kawasan yang terjejas.



Semasa musim tengkujuh, PUB akan meningkatkan pemeriksaan di sekitar pulau termasuk sistem perparitan di pemasangan kritikal dan lokasi berisiko banjir lebih tinggi untuk memastikan longkang awam di sekitar tapak tidak terhalang supaya air ribut dapat mengalir dengan lancar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >