KEJAYAAN Singapura menjadi sebuah negara maju merupakan warisan Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri Brunei, Pehin Dato Ustaz Haji Badaruddin Othman.
Malah, perjuangan mendiang Encik Lee itu serta warisan yang ditinggalkan beliau kepada anak rakyat jelata dirakamkan dalam satu puisi yang ditulis Pehin Badaruddin sendiri.