Pukul anak saudara hingga mati, buruh kasar dipenjara 10 tahun

SEORANG buruh kasar berusia 29 tahun memukul anak saudara perempuannya berkali-kali dengan pemukul besi di flat mereka di Beach Road.

Dia kemudian membalut mayat anak saudaranya itu dengan teliti dan meletakkan penyegar udara berdekatannya.

Apabila mayat Lydia Wati Mohamed Yahya, 30 tahun, ditemui sembilan bulan kemudian, mayatnya menjadi amat reput hingga bedah siasat tidak boleh menentukan punca kematian.

Hari ini, Jumaat, Mohamed Firdaus Mohamed Hanafiah telah dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan lapan bulan selepas dia mengaku bersalah terhadap satu tuduhan menyebabkan kematian tanpa niat membunuh dan dua tuduhan kesalahan dadah berasingan.

Laporan lanjut di laman The Straits Times.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 30
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.