Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KENALI BUDAYA SAMBUTAN HARI NATAL

Pupuk ceria, sifat memberi dalam jiwa anak sempena Krismas

Dec 25, 2017 | 05:30 AM



SEJAK mendirikan rumah tangga dan dikurniakan cahaya mata, pengertian Hari Natal menjadi lebih mendalam bagi Encik Ion Danker dan isteri Beverly Snodgrass-Danker.



Menerusi keghairahan dan keceriaan yang terpancar daripada wajah dua putera mereka - Stefan, lima tahun, dan Seth, dua tahun - pasangan itu dibawa kembali ke zaman kanak-kanak sendiri di mana Hari Natal diraikan sepenuh jiwa raga.



"Setelah dikurniai anak, kami seolah-olah dapat menghidupkan semula memori indah semasa kami sendiri menyambut Hari Natal sebagai kanak-kanak.



"Rasanya seperti kami melalui zaman kanak-kanak buat kali kedua, melihat menerusi mata dua anak kami, keceriaan yang mereka rasa apabila membuka balutan hadiah masing-masing pada pagi Hari Natal dan bagaimana mereka begitu girang menyanyikan lagu di gereja," ujar Encik Danker, 37 tahun, yang bekerja sebagai karyawan bidang perhubungan.



Menurut beliau, Hari Natal semestinya masa paling dinantikan beliau sekeluarga.



Di rumah, beliau meletakkan petanda Krismas bagi menghitung hari-hari menjelang sambutan itu.



"Ini sekadar menyemarakkan lagi keghairahan dalam hati anak," katanya seraya tersenyum lebar.



Selain sambutan meriah, Encik Danker berkata Hari Natal sebenarnya masa merenung diri dan menghargai segala kebaikan yang dinikmati sepanjang tahun.



Sebagai penganut fahaman Roman Katolik, Encik Danker dan isteri percaya Hari Natal melambangkan kelahiran Jesus Christ.



Mereka menekankan perkara itu kepada anak bagi menjelaskan mengapa hari tersebut perlu disambut dan diraikan.



Beliau berkata pada empat minggu menjelang Krismas, mereka yang beragama Kristian akan memperingati tempoh 'Advent' - dengan setiap minggu melambangkan Harapan, Kedamaian, Kebahagiaan dan Kasih Sayang.



Sepanjang tempoh itu juga, penganut Kristian digalak bersembahyang, mengingati golongan kurang bernasib baik dan mendekati mereka bagi menghulurkan bantuan.



"Apabila tiba Hari Natal, masyarakat Katolik akan pergi ke gereja untuk berkumpul, bersembahyang dan meraikan kelahiran Christ," ujarnya.



Namun, Encik Danker berkata perkara paling penting semasa Hari Natal adalah menekankan kepada anak bahawa sambutan itu juga masa menyumbang. Lantas, mereka yang meraikannya akan bertukar-tukar hadiah.



Menyentuh cara keluarganya meraikan Hari Natal, Cik Snodgrass-Danker berkata, sebagai anggota kaum Serani, mereka akan menghabiskan masa 'makan besar' juadah yang dibawa oleh setiap ahli keluarga yang hadir.



"Tradisi ini telah kami lakukan sejak kami kecil sehingga sekarang dan harap akan diteruskan anak kami," kata kakitangan awam itu.




"Setelah dikurniai anak, kami seolah-olah dapat menghidupkan semula memori indah semasa kami sendiri menyambut Hari Natal sebagai kanak-kanak. Rasanya seperti kami melalui zaman kanak-kanak buat kali kedua, melihat menerusi mata dua anak kami, keceriaan yang mereka rasa apabila membuka balutan hadiah masing-masing pada pagi Hari Natal dan bagaimana mereka begitu girang menyanyikan lagu di gereja."
- Karyawan bidang perhubungan Ion Danker, tentang sambutan Hari Natal bersama keluarga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >