PESAKIT ginjal di kawasan utara Singapura mempunyai satu lagi pusat dialisis berdekatan mereka, dengan pembukaan pusat Yayasan Buah Pinggang Singapura (NKF) ke-26 di Yishun.
Pusat di Blok 639 Yishun Street 61 itu mula beroperasi Februari tahun lalu dan dibuka secara rasmi semalam oleh Setiausaha Parlimen (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), yang juga Anggota Parlimen GRC Nee Soon.