PUSAT dialisis kedua di Yishun telah dibuka oleh Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) bagi memudahkan pesakit ginjal di kawasan perumahan itu 'mencuci' darah.
Pusat di kolong Blok 639, Yishun Street 61, itu mempunyai 20 stesen dialisis dan boleh berkhidmat kepada 120 pesakit.