Pusat disleksia baru dibuka di Teck Whye

Hisham Hasim

PERSATUAN Disleksia Singapura (DAS) telah membuka pusat pembelajarannya yang ke-13 di Teck Whye, untuk memenuhi keperluan pelajar di kawasan barat laut.

Dengan keluasan sekitar 350 meter persegi dan 12 bilik darjah, Pusat Pembelajaran Chua Chu Kang yang terletak di kolong Blok 17 Teck Whye Lane itu merupakan antara pusat terbesar DAS, dengan keupayaan menampung sehingga 400 pelajar.

Dirasmikan Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong semalam, Pusat Pembelajaran Chua Chu Kang itu akan menyediakan rangkaian khidmat yang meluas bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk membaca dan belajar.

Ini termasuk khidmat penilaian, program prasekolah dan program terapi pendidikan dalam literasi dan Matematik.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 15
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.