SEBUAH pusat khas untuk pesakit barah akan ditubuhkan September ini bagi membantu mereka dalam proses pemulihan selepas dibenarkan pulang dari hospital.
Pusat sehenti yang diterajui Persatuan Barah Singapura (SCS) itu adalah yang pertama di Singapura dan bertujuan melengkapkan khidmat pemulihan di hospital sedia ada.