SEBELUM ini, mereka bak tiada arah tuju kerana ramai daripada mereka daripada keluarga bermasalah dan lemah dalam pelajaran.
Namun, dengan menyertai pasukan bola sepak Bawah 18 tahun (U-18) yang dibentuk oleh Pusat Khidmat Keluarga Charis Centre, mereka dapat membangunkan semangat kekitaan dan fokus pada sesuatu yang mereka gemari iaitu bola sepak.