DEMI cintanya kepada matematik dan hasrat ingin melihat ramai lagi anak Melayu cemerlang, Cik Nurhidayah Mohamed Ismail sanggup meninggalkan kerjaya sebagai guru lalu menubuhkan syarikat sendiri dinamakan Genius Young Minds atau Gym.
Gym, yang ditubuhkan pada 2013, ialah pusat pembelajaran tambahan yang memberi tumpuan kepada matematik bagi murid sekolah rendah berusia tujuh hingga 12 tahun.